Friday 17 October 2008

Pengenalan Ilmu Tajwid,Istiazah dan Basmalah

PELAJARAN ILMU TAJWID

Definasi Ilmu Tajwid:


* Segi Bahasa ialah Memperelokan sesuatu
* Segi Istilah ialah Mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan menjaga sifat-sifatnya

Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid :


* Hukum mempelajarinya adalah fardhu Kifayah

* Manakala mengamalkannya adalah Fardhu Ain (wajib) seperti ketika seseorang itu ingin membaca Al-Quran .

Dalil : Surah Al-Muzzammil Ayat (4)Maksud: Dan bacalan Al-Quran dengan " Tartil "

Faedah Mempelajari Ilmu Tajwid :


1) Ilmu Tajwid merupakan semulia-mulia dan sebaik-baik ilmu pengetahuan, kerana ia berkaitan terus dengan Qalam Allah .

2) Dapat memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al-Quran

3) Mengharapkan keredhaan Allah S.W.T serta kebahagiaan di dunia dan akhirat .

4) Merupakan satu tanggung jawap yang harus dilaksanakan sebagai seorang muslim walaupun hukum asalnya Fardhu Kifayah.

KESALAHAN KETIKA MEMBACA AL-QURAN


1) Kesalahan Yang Nyata (terang)* Kesalahan pada sebutan atau menukar huruf ayat Al-Quran

* Kesalahan pada tanda atau menukar baris bacaan ayat Al-Quran
**Hukumnya Berdosa dan Haram. Jika dibawa ketika solat maka tidak sah solatnya

2) Kesalahan Yang Tersembunyi


* Kesalahan yang tidak membawa perubahan makna Al-Quran
contohnya : Meninggalkan dengung, Kadar harkat tidak sempurna atau sifat huruf


**Hukumnya Makruh dan hendaklah meninggalkannya. Manakala tidak sampai kepada membatalkan solatnya.

HUKUM BACAAN ISTI'AZAH


Hukum : Sepakat jumhur ulamak hukum membaca Isti'azah ketika hendak memulakan bacaan Al- Quran adalah Sunat Muakkad (sunat yg. dituntut) ,

Dalil : Surah An-Nahl Ayat (98)Maksud : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam.
Cara bacaan : ( 4 wajah bacaan )


1) Berhenti pada isti'azah……..pada Bamalah…..dan pada Awal Surah.

2) Berhenti pada Isti'azaah…..kemudian Disambung bacaan Basmalah dgn Awal Surah

3) Disambung Isti'azah dgn Basmalah dan berhenti….,Kemudian Awal Surah

4)Disambung ketiga-tiga keadaan dengan satu nafas.
** 3 tempat :

i) lafaz isti'azah ii)lafaz Basmalah iii)Awal Surah

HUKUM BACAAN BASMALAH


Hukum :

Para Ulamak Qurra' bersepakat harus hukumnya membaca Basmalah ketika memulakan bacaan Awal Surah kecuali pada Surah At-Taubah sahaja meninggalkan bacaan Basmalah

Cara Bacaan : ( 3 wajah )


1) Berhenti pada Akhir Surah….pada Basmalah….dan Awal Surah seterusnya

2) Berhenti pada Akhir Surah…dan sambung Basmalah dengan Awal Surah seterusnya

3) Menyambung ketiga-tiga tempat dengan satu nafas.

** 3 tempat..i) Akhir Surah ii) Lafaz Basmalah iii) Awal Surah

Cara Bacaan pada Surah At-Taubah : ( 3 Wajah )


1) Berhenti di akhir Surah Al-Anfal…dan mulakan Awal Surah At-Taubah dengan nafas baru.

2) Saktah (berhenti sebentar tanpa bernafas) pada Akhir Surah Al-Anfal dan sambung Awal At-Taubah

3) Sambung Akhir Surah Al-Anfal dengan Awal Surah At-Taubah
*Akhir Surah Al-Anfaal ( Ayat 79 )*Awal Surah At-Taubah ( Ayat 1 )

1 comments:

salam.
saya nak tanya sedikit pasal hamzah istifham dan lam ta'rif..
Apakah perbezaan antara kedua-duanya?
Boleh ustaz terangkan?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More