Friday, 17 October 2008

Pengenalan Ilmu Tajwid,Istiazah dan Basmalah

PELAJARAN ILMU TAJWID

Definasi Ilmu Tajwid:


* Segi Bahasa ialah Memperelokan sesuatu
* Segi Istilah ialah Mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan menjaga sifat-sifatnya

Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid :


* Hukum mempelajarinya adalah fardhu Kifayah

* Manakala mengamalkannya adalah Fardhu Ain (wajib) seperti ketika seseorang itu ingin membaca Al-Quran .

Dalil : Surah Al-Muzzammil Ayat (4)Maksud: Dan bacalan Al-Quran dengan " Tartil "

Faedah Mempelajari Ilmu Tajwid :


1) Ilmu Tajwid merupakan semulia-mulia dan sebaik-baik ilmu pengetahuan, kerana ia berkaitan terus dengan Qalam Allah .

2) Dapat memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al-Quran

3) Mengharapkan keredhaan Allah S.W.T serta kebahagiaan di dunia dan akhirat .

4) Merupakan satu tanggung jawap yang harus dilaksanakan sebagai seorang muslim walaupun hukum asalnya Fardhu Kifayah.

KESALAHAN KETIKA MEMBACA AL-QURAN


1) Kesalahan Yang Nyata (terang)* Kesalahan pada sebutan atau menukar huruf ayat Al-Quran

* Kesalahan pada tanda atau menukar baris bacaan ayat Al-Quran
**Hukumnya Berdosa dan Haram. Jika dibawa ketika solat maka tidak sah solatnya

2) Kesalahan Yang Tersembunyi


* Kesalahan yang tidak membawa perubahan makna Al-Quran
contohnya : Meninggalkan dengung, Kadar harkat tidak sempurna atau sifat huruf


**Hukumnya Makruh dan hendaklah meninggalkannya. Manakala tidak sampai kepada membatalkan solatnya.

HUKUM BACAAN ISTI'AZAH


Hukum : Sepakat jumhur ulamak hukum membaca Isti'azah ketika hendak memulakan bacaan Al- Quran adalah Sunat Muakkad (sunat yg. dituntut) ,

Dalil : Surah An-Nahl Ayat (98)Maksud : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam.
Cara bacaan : ( 4 wajah bacaan )


1) Berhenti pada isti'azah……..pada Bamalah…..dan pada Awal Surah.

2) Berhenti pada Isti'azaah…..kemudian Disambung bacaan Basmalah dgn Awal Surah

3) Disambung Isti'azah dgn Basmalah dan berhenti….,Kemudian Awal Surah

4)Disambung ketiga-tiga keadaan dengan satu nafas.
** 3 tempat :

i) lafaz isti'azah ii)lafaz Basmalah iii)Awal Surah

HUKUM BACAAN BASMALAH


Hukum :

Para Ulamak Qurra' bersepakat harus hukumnya membaca Basmalah ketika memulakan bacaan Awal Surah kecuali pada Surah At-Taubah sahaja meninggalkan bacaan Basmalah

Cara Bacaan : ( 3 wajah )


1) Berhenti pada Akhir Surah….pada Basmalah….dan Awal Surah seterusnya

2) Berhenti pada Akhir Surah…dan sambung Basmalah dengan Awal Surah seterusnya

3) Menyambung ketiga-tiga tempat dengan satu nafas.

** 3 tempat..i) Akhir Surah ii) Lafaz Basmalah iii) Awal Surah

Cara Bacaan pada Surah At-Taubah : ( 3 Wajah )


1) Berhenti di akhir Surah Al-Anfal…dan mulakan Awal Surah At-Taubah dengan nafas baru.

2) Saktah (berhenti sebentar tanpa bernafas) pada Akhir Surah Al-Anfal dan sambung Awal At-Taubah

3) Sambung Akhir Surah Al-Anfal dengan Awal Surah At-Taubah
*Akhir Surah Al-Anfaal ( Ayat 79 )*Awal Surah At-Taubah ( Ayat 1 )

Thursday, 16 October 2008

HUKUM TAJWID :- WAQAF ( وقف ) dan HAMZAH

Dari sudut bahasa: Berhenti /menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

1-Waqaf Lazim( الوقف اللازم )/Waqaf Tam( الوقف التام ).Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )


2- Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) الوقف الجائز .Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

2.1- Waqaf Kafi( الوقف الكافي ).Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya قلي ).

( 2.2- Waqaf Tasawi( وقف التساوي ).Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ج ).-

2.3 Waqaf Hasan( الوقف الحسن ).Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya( صلي ).

JENIS HAMZAH


Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu

1.1 Hamzah Qat'ie( همزة القطع ).
Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi nama (harf).
Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya.


1.2 Hamzah Wasal( همزة الوصل ).Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif.

1.2.1 Hukum Hamzah yang berbaris atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ال )takrif yang sentiasa disandang pada kata nama am. Contohnya:( الحمد لله رب العالمين - الرحمن الرحيم )

1.2.2 Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah atau berada di dalam terbitan kata kerja yang telah lalu( الفعل الماضي ).

Contohnya:( ارجع إليهم) (استكبارا في الأرض) (ادفع بالتي هي أحسن ).

Perhatian penting: Di dalam bacaan, Hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:( اسم - اثنتين - امرأة - امرؤ - ابنة - ابن ).

Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah
1.2.3- Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan. Contohnya:( اركض برجلك - ادع إلي سبيل ربك )
1.2.4 Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah.


Pada ketika ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris hadapan.

Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu kalimah contohnya:
( والله - وبالحق ), ia tidak boleh disebut sama sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan sekalipun. Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut Hamzah Istifham secara berbaris di atas. Keadaan ini terdapat pada tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu:-

Pertama:( أتخذتم )dari firman Allah( قل أتخذتم عند الله عهدا ).

Kedua:( أطلع )dari firman Allah( أطلع الغيب أم أتخذتم عند الله عهدا ).

Ketiga:( أفترى )dari firman Allah( أفترى على الله كذبا ).

Keempat:( أصطفى )dari firman Allah( أصطفى البنات على البنين ).

Kelima:( أتخذناهم )dari firman Allah( أتخذناهم سخريا أم زاغت عنهم الأبصار ).

Keenam:( أستكبرت )dari firman Allah( أستكبرت أم كنت من العالين ).

Ketujuh:( أستغفرت ) dari firman Allah( سواء عليهم أستغفرت أم لم تستغفر لهم ).

Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham mesti disebut secara berbaris di atas.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More